Pages

Monday 31 August 2015

Posting Pertama Aku Di Blog Yang Baru

Assalamualaikum semua,ni adalah posting pertama aku sejak aku membuka blog ini,
Dalam blog ni aku ingin berkongsi pelbagai cerita kehidupan aku.

Siapa AKU ?

Ok,nama aku iman ,umur aku 19 tahun pada 2015 ni ..hehe muda lagi kan aku.
Aku tamatkan pengajian aku dengan SPM di SMKKM 2 di Pasir Gudang pada tahun 2013.
 Selepas habis je sekolah aku terus mencari kehidupan aku sendiri dengan merantau ke semua
tempat di Malaysia ni untuk menambahkan ilmu dan mencari pengalaman.

Semua sahabat aku meneruskan kehidupan masing-masing , ada yang sambung belajar dan ada juga yang bekerja.Seperti aku , aku bukan seorang pelajar lagi dan aku bukan seorang pekerja.
Aku adalah aku , aku internet marketer , bekerja hanya depan komputer aku.

internet unlimited
Hidup aku tidak tenang tanpa internet,kerana setiap hari aku perlukan internet untuk bekerja.
Dari form 1 lagi aku bekerja menggunakan internet dan alhamdulillah ianya kekal sehingga hari ini 1 September 2015.

Memang tidak dinafikan lagi semua pekerjaan mempunyai kesulitan tersendiri.
Pelbagai dugaan yang aku lalui dalam industri IM ini,ternyata ianya memang sukar.

Cita-cita aku ingin menjadi seorang jutawan yang terkenal,hehe aku pegang kata-kata dari movie The Billionaire

"Jika kita fikir kita akan berjaya maka kita akan berjaya"

Satu ayat yang sangat simple tapi amat bermakna.

Ok lah ,sampai disini sahaja posting aku kali ini,aku akan terus menulis dan berkongsi tips untuk menjadi seorang Internet Marketer yang berjaya.

Terima kasih kerana sudi membaca :)